fbpx

Kes ADUN: SPRM minta pemberi maklumat tampil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam ketika ditemui media pada Program Menembak SPRM bersama media di Lapang Sasar Maktab Penjara Kajang di sini hari ini.

KAJANG – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta individu yang menularkan video dakwaan rasuah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah tampil berjumpa dengan pihaknya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini pihaknya hanya menerima surat daripada individu tersebut yang diwakili oleh peguamnya.

“Saya telah mengarahkan dua pegawai untuk berbincang secara sulit kerana kita menghormati tugas peguam yang mewakili anak guamnya itu.

“Namun, mereka telah pergi kepada media dan timbul pelbagai cerita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Menembak SPRM bersama media di Lapang Sasar Maktab Penjara Kajang di sini hari ini.

Tambahnya, mengikut undang-undang, seseorang tidak boleh mendedahkan maklumat kesalahan kepada umum dan kemudian memohon perlindungan pemberi maklumat.

“Ini dinyatakan dengan jelas dalam Seksyen 11(1) Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010,” katanya.

Mengulas mengenai video salah laku rasuah yang tular, Azam berkata, siasatan SPRM tidak boleh bergantung kepada video berdurasi 17 saat sahaja.

“Kami hanya ditunjukkan video berdurasi 17 saat sahaja.

“Jadi, saya tidak boleh komen lanjut mengenai ini,” katanya.

Terdahulu, semalam Kosmo! melaporkan Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan terhadap individu menyebarkan berita di media sosial berhubung dakwaan skandal rasuah beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.

Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, beliau merasakan adalah menjadi satu kesalahan sekiranya seseorang individu itu mengetahui aktiviti amalan rasuah, namun tidak melaporkannya kepada SPRM.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI