fbpx

Kerajaan import 40 peratus beras dari luar negara, jamin bekalan cukup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Sabu (dua dari kanan) hadir merasmikan Konvensyen Amanah Pulau Pinang 2024 di Bukit Mertajam, hari ini.

SEBERANG PERAI – Kerajaan mengimport 40 peratus beras dari luar negara pada masa ini bagi memastikan bekalan beras untuk pengguna dalam negara mencukupi.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, setakat ini bekalan beras tempatan yang ada di dalam negara adalah kira-kira 56 peratus dan situasi tersebut membuatkan kerajaan perlu mengimport beras dari luar negara.

“Kita import sebanyak 40 peratus (beras) dan kita harap dapat turunkan harga beras (import) cuma pada kita sekarang ini yang pentingnya beras ada.

“Kami juga sedang bincang dengan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) supaya dapat turunkan harga beras import kerana di peringkat antarabangsa berlaku penurunan berikutan pengukuhan Ringgit dan ia mungkin ia akan beri kesan juga kepada negara,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Amanah Pulau Pinang 2024. Yang turut hadir Pengerusi Pakatan Harapan Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Menurutnya, pada masa ini berlaku pelbagai faktor yang menyebabkan bekalan beras tempatan bermasalah.

“Memang kita sekarang ini (ada masalah bekalan beras tempatan) dengan masalah banjir, perubahan cuaca, hilang kawasan (tanaman padi) di sebabkan perumahan dan perniagaan, kita cuba cari jalan untuk memastikan beras sentiasa ada dalam pasaran untuk memenuhi keperluan pengguna.

“Kemarau di Kelantan, banjir di Kedah dan kehilangan 20,000 hektar sawah, namun kerajaan sentiasa berusaha memastikan stok beras ada, tidak kiralah dari mana cuma mungkin ada yang murah dan mahal kerana kita import,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI