fbpx

Keputusan MKI dijadikan panduan penetapan fatwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD FARED MOHD KHALID (kanan) menemui sebahagian anak muda yang turut serta dalam program MAINJ Bersama Orang Muda 'MAINJ Kan Ada' di Dewan Terbuka Parit Kuda, di Semerah Batu Pahat hari ini.

BATU PAHAT – Kerajaan Negeri akan menjadikan kuputusan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) sebagai panduan untuk penetapan fatwa bagi fahaman dan pegangan ahli GISBH.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bersama-sama Jabatan Mufti Negeri Johor akan melakukan proses.

Katanya, proses semakan fatwa itu nanti akan dibawa kepada mesyuarat penuh MAINJ sebelum dipersembahkan kepada Tuanku Sultan untuk mohon perkenan.

“Bagi pihak kerajaan Johor sudah pasti kita akan mengikuti panduan ini kerana dalam masa yang sama Johor adalah antara negeri yang masih belum membuat fatwa berkenaan GISBH.

“Saya boleh memberi jaminan pihak MAINJ sedang meneliti sesuatu perkara yang diputuskan oleh MKI,” katanya ketika ditemui dalam program MAINJ Bersama Orang Muda ‘MAINJ Kan Ada’ di Dewan Terbuka Parit Kuda, di Semerah Batu Pahat hari ini.

Menurut Mohd Fared lagi, kerajaan Negeri akan mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan untuk melakukan proses itu dengan baik kerana di Johor pihaknya perlu mengutamakan perkenan daripada Sultan sebagai Pengerusi MAINJ.

Dalam pada itu, mengulas tentang Program MAINJ Bersama Orang Muda, Mohd Fared berkata, pelbagai pendekatan dilakukan bagi membolehkan masyarakat setempat memdapat maklum tentang kemudahan disediakan oleh jabatan ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI