fbpx

Kecewa dapat ‘chicken chop’ dengan sawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar 'chicken chop' yang dihidangkan bersama sayur sawi yang dimuat naik di Facebook.

PETALING JAYA– Seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas menerima hidangan ‘chicken chop’ yang disajikan bersama sayur sawi.

Menerusi sebuah hantaran di Facebook oleh Suriana Nasir, memaparkan ‘chicken chop’ yang disajikan dengan beberapa helai daun sayur sawi.

“Entahlah nak cakap macam mana. Tak pernah dibuat orang makan ‘chicken chop’ dengan sayur sawi. Berniaga biar ikhlas, orang beli nak makan, bukan nak buang,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Wanita itu turut menegur peniaga supaya memastikan kualiti makanan selaras dengan harga, menekankan keperluan untuk menawarkan hidangan yang berpatutan dan memenuhi cita rasa pelanggan.

Luahan tersebut mendapat perhatian ramai, dengan rata-rata netizen turut melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan peniaga itu.

“Masalahnya ‘chicken chop’ letak garam kunyit sahaja. Itu bukan ‘chicken chop’. Kenapa buat makanan jual macam ini. Kasihan pada yang nak makan itu,” ujar Shamsiah Razak.

“Itu lah, bila orang nak berniaga, kita pun nak berniaga tapi tidak pandai. Lebih baik tidak payah berniaga,” komen Lina Amoi.

Beberapa netizen turut berkongsi pengalaman serupa termasuk menerima hidangan yang tidak menepati citarasa.

“Kita beli ‘chicken chop special’, ingatkan ada keju. Rupanya tambah telur mata. Terkejut saya tidak pernah dibuat orang makan ‘chicken chop’ dengan telur mata,” tambah Nur Syuhaila Mokhtar. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI