fbpx

‘Jangan marah, doakan suara saya cepat pulih’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAI kini dalam proses pemulihan suara yang dijangka mengambil masa selama tiga bulan.

PETALING JAYA – Gagal memberikan persembahan terbaik di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 39 (SFMM29) malam tadi, penyanyi Khai Bahar mengakui berdepan masalah kesihatan.

Bukan sengaja menyanyi ala kadar, Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 30, berkata, dia kini masih dalam proses pemulihan vokal yang mengambil masa untuk sembuh sepenuhnya.

“Maaf semua tidak dapat beri 100 peratus untuk lagu Lemas atas faktor suara yang belum pulih sepenuhnya.

“Selalunya bila suara macam ini ambil masa tiga bulan. Bukan sengaja tak nak ‘all-out’, itu dah sehabis baik saya buat,” katanya menerusi Instagram Story.

Sebagai penyanyi Khai berkata, dia sentiasa ingin memberikan yang terbaik dalam setiap persembahan meski rezeki tidak berpihak kepadanya untuk melangkah ke pentas final AJL39.

“Untuk ke final AJL, itu semua atas keputusan juri. Kalau boleh saya sendiri nak buat persembahan terbaik walau tiada rezeki ke final.

“Doakan suara saya cepat pulih. Jangan marah-marah,” ujarnya.

Menerusi SFMM29 Khai membawakan lagu berjudul Lemas yang merupakan ciptaan sepenuhnya Hykal Kadir.

Sebanyak 10 lagu diumumkan layak mara ke pentas AJL39 yang dijadualkan berlangsung pada awal tahun hadapan di Axiata Arena dan tarikhnya akan diumumkan dalam masa terdekat.

Lagu yang akan dipertandingkan kali ini adalah Puas Sudah dendangan Aida Abdul, Terus Bersinar (Hafiz Suip), Aura (Ernie Zakri), Bukan Lagi Kita (Nadeera) dan Hening Rindu (Marsha Milan).

Turut ke AJL39 ialah Sengaja (Amir Masdi), Saksama (Akim & The Majistrit), Pujaanku (Masdo dan Aishah Aziz) diikuti Risiko (Benzooloo, Ghidd, Meerfly, MK K-Clique dan Tuju) serta Diam (Hael Husaini). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI