fbpx

Ipar Adalah Maut cetus kebencian gelombang kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FILEM Ipar Adalah Maut dibenci ramai.

LAIN macam betul penangan filem Indonesia, Ipar Adalah Maut selepas ditayangkan dalam Netflix sejak 8 November lalu.

Selepas meledak di pawagam sebelum ini, filem tersebut mencetuskan kebencian gelombang kedua dalam kalangan penontonnya.

Selepas disiarkan dalam Netflix, naskhah lakonan Deva Mahenra sebagai Aris, Michelle Ziudith (Nisa) dan Davina Karamoy (Rani) kembali menjadi bualan ramai dalam media sosial yang rata-rata mengecam setiap watak yang ada.

Paling banyak dihambur caci maki pastinya Rani kerana menggoda Aris yang juga suami kakaknya sendiri.

“Sebelum ini tak sanggup nak maki hamun dalam panggung wayang tetapi tewas selepas menonton di Netflix.

“Gila betul jalan cerita, susah betul nak kawal kesabaran sepanjang menonton Ipar Adalah Maut.

“Rasa nak suruh malaikat maut cabut nyawa Rani dan Aris,” kata penonton yang meluahkan kemarahan.

Ipar Adalah Maut kini filem paling popular Netflix sejak mula disiarkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI