fbpx

EPL: Ucapan pertama Amorim menggentarkan pencabar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMORIM

MANCHESTER – Pengendali baharu Manchester United, Ruben Amorim yakin beliau mampu untuk mengembalikan kelab itu ke tempat sepatutnya mereka berada selepas diberikan tanggungjawab menggantikan Erik Ten Hag.

Pengurus berusia 39 tahun itu menjadi individu ketujuh selepas Sir Alex Ferguson mengumumkan persaraan pada 2013 dan beliau bersedia untuk membantu United kembali memburu seberapa banyak piala.

Dalam sesi temu bual pertamanya selepas dilantik menguruskan United, Amorim mengakui tidak sabar untuk mengubah pasukan itu untuk kembali menjadi antara kelab yang elit di England dan Eropah.

“Saya akan cuba melakukan segala-galanya untuk memastikan kelab ini kembali ke tempat sepatutnya kami berada. Saya percaya kami akan berjaya,” katanya.

Dalam pada itu, Amorim turut menuntut kesungguhan yang tinggi daripada para pemain dengan menyedari bahawa mereka berada di United yang merupakan sebuah kelab yang sentiasa dahagakan kejayaan.

“Anda (pemain) boleh melihat semua trofi dan kegemilangan kelab ini. Anda juga boleh melihat ‘tragedi’ yang sedang melanda pasukan ketika ini.

“Anda perlu memahami sejarah, kelab ini pernah menjadi juara Eropah, adalah penting untuk menjadikannya kekuatan dalam pasukan. Apabila pemain tiba di sini, anda perlu menjadi sebahagian daripada impian kelab dan itu perkara yang utama,” ujarnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI