fbpx

Amaran hujan berterusan tahap waspada di Pantai Timur dan Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA– Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia bermula Selasa, 19 November hingga Sabtu, 23 November 2024.

Antara kawasan terlibat di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, dan Pasir Puteh, manakala seluruh negeri Terengganu turut menerima amaran sama.

Di Pahang, kawasan yang dijangka terkesan ialah Kuantan, Pekan, dan Rompin, sementara di Johor melibatkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi, dan Johor Bahru.

“Amaran hujan berterusan (Waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi 6 jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI