fbpx

5 perceraian paling sensasi, no. 5 paling ‘epik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIMA pasangan selebriti yang mencipta sensasi dengan kisah cerai yang nilai dramatiknya mengalahkan sinetron.

STATUS selebriti membuatkan golongan insan yang bekerja depan kamera, baik penyanyi, pelakon, pemuzik atau apa sahaja berkait seni hiburan mudah kehilangan privasi apabila berlaku sesuatu ke atas mereka, terutama hal peribadi seperti kahwin cerai, apatah lagi jika disulami elemen drama penambah sensasi, di mahkamah contohnya.

Selain ‘babak ‘ tangisan, ada juga yang saling bertikam lidah bagi meluahkan rasa tidak puas hati disebabkan keputusan perceraian itu.
Kosmo! minggu ini menyenaraikan perceraian paling sensasi yang menjadi perhatian dan buah mulut khalayak.

Farid Kamil dan Diana Danielle
Berkahwin: 3 November 2012
Bercerai: 10 Ogos 2023 (kali pertama)

AWAL November lalu, pelakon Diana Danielle membulatkan hati untuk kembali bercerai dengan aktor Farid Kamil selepas setahun kembali rujuk.

Dia hadir Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk memfailkan perceraian. Dalam masa sama, mahkamah juga memutuskan agar Diana memfailkan rujuk sebelum meneruskan prosedur perceraian kedua mereka.

Selepas kisah perceraian sarat dengan ‘babak’ pujuk memujuk sehingga Farid sanggup menawarkan hadiah bernilai lebih RM300,000, drama perceraian kali ini tentunya dinantikan ramai.Kalau dahulu juga mereka rujuk hanya selepas 21 hari berpisah, tahun ini, adakah masih ada sinar buat Farid dan Diana, tunggu!

Fattah Amin dan Nur Fazura
Berkahwin: 27 November 2017
Bercerai: 7 Oktober 2024

KISAH pergolakan rumah tangga Fattah Amin dan Nur Fazura hangat diperkatakan sekitar Julai lalu apabila kedua-dua mereka tidak lagi memuat naik gambar dan meninggalkan komen di akaun media sosial masing-masing.

Fazura bagaimanapun menafikan wujud masalah rumah tangga antara mereka pada waktu itu. Namun, aktres itu membuat tindakan mengejutkan apabila memfailkan permohonan cerai sehari sebelum sambutan hari jadi Fattah.

Kemelut rumah tangga pasangan itu akhirnya menemui titik noktah apabila mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam. Kedua-dua mereka kemudian mencapai sepakat tentang hak penjagaan anak, Nur Fatima Aisya yang menyaksikan hak penjagaan penuh diserahkan kepada Fazura, manakala Fattah pula diberikan hak lawatan dan bermalam.

Alif Aziz dan Bella Astillah
Berkahwin: 9 September 2016
Bercerai: 16 Mei 2019 (kali pertama), 13 Jun 2024 (kali kedua)

SETELAH berdepan pelbagai dugaan, perkahwinan pasangan Bella Astillah dan Alif Aziz tidak dapat lagi diselamatkan. Pasangan itu sah bercerai kali kedua pada 13 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Bella memfailkan permohonan cerai pada 13 Mac lalu iaitu tiga hari selepas Aliff ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dengan pelakon Ruhainies di sebuah kondominium di ibu negara. Awalnya Aliff enggan menceraikan Bella dengan alasan masih sayang dan cuba untuk mempertahankan rumah tangga mereka. Masalah rumah tangga mereka menjadi semakin rumit apabila timbul dakwaan Bella turut curang dengan pelakon Muaz Zabir. Bella dan Aliff pernah bercerai pada 16 Mei 2019, namun kembali rujuk ketika masih idah.

Abby Abadi dan Norman Hakim
Berkahwin: 11 Januari 2002
Bercerai: 18 Disember 2008

PELAKON Abby Abadi dan Norman Hakim sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Gombak Timur pada 18 Disember 2008.
Sewaktu ingin melafazkan cerai, Norman dikatakan gagal mengawal perasaan sehingga mahkamah terpaksa ditangguh 10 minit bagi menenangkan situasi. Waktu itu, perceraian pasangan mereka paling hangat memandangkan Norman ditangkap khalwat bersama Memey pada 30 Oktober 2008.

Kemudian pelbagai spekulasi timbul termasuk khabar angin mengatakan Abby menjalin hubungan dengan aktor Zul Ariffin. Namun, baik Abby mahupun Zul kedua-dua mereka menafikan khabar angin berkenaan dan memberitahu mereka hanya kawan baik. Selama berumah tangga, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim. Ketika bercerai anak-anak mereka masih kecil.

Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana
Berkahwin: 8 Mac 2014
Bercerai: 14 Jun 2023

PERCERAIAN pengarah tersohor, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana menarik perhatian khalayak apabila mereka berjaya mencapai kata sepakat selepas menghabiskan masa enam bulan naik turun mahkamah.

Perkahwinan kedua Syamsul dengan Ira Kazar menjadi penyebab utama Sarah nekad memfailkan perceraian selain mengakui ‘gelora’ rumah tangga mereka sudah berlarutan sejak empat tahun sebelum sah bercerai pada 14 Jun 2023.

Sepanjang sembilan tahun perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Summayah, 5.
Kisah perceraian dengan Sarah bukan penamat sensasi Syamsul. Tahun ini dia bercerai lagi, kali ini dengan Ira pula berpunca daripada pelanggaran taklik yang menjatuhkan talak satu antara mereka pada 5 September lalu,

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI