fbpx

UNL: Sepanyol hilang kelincahan Yamal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YAMAL terlepas aksi antarabangsa kali ini selepas berdepan masalah kecederaan buku lali. - AFP

MADRID – Kecederaan buku lali gred 1 dialami bintang Barcelona, Lamine Yamal menyaksikan pemain berusia 17 tahun itu terpaksa diketepikan lebih kurang dua ke tiga minggu.

Ia sekali gus memusnahkan harapan Ketua Jurulatih Sepanyol, Luis De La Fuente untuk menggunakan khidmatnya pada aksi Liga Negara-Negara Eropah (UNL) menentang Denmark dan Switzerland.

Dua perlawanan itu boleh dianggap cukup penting buat skuad La Roja memandangkan mereka sedang berada dalam fasa memburu kelayakan ke suku akhir yang dijadualkan berlangsung Mac tahun depan.

De La Fuente berkata, beliau sudah mendapat laporan daripada Barcelona berhubung perkembangan tersebut dan menganggap lebih baik untuk membenarkan Yamal menjalani rawatan pemulihan di kelab itu.

“Barcelona ada menghantar laporan kepada kami berhubung tahap kecederaan yang dialami Yamal dan saya merasakan adalah tidak sesuai sekiranya dibawa bersama. Bagi saya, lebih baik dia kekal di sini (kelab).

“Saya berharap Yamal diberikan kesembuhan segera dan dapat kembali semula beraksi di atas padang,” kata beliau yang membuat keputusan menggantikan Yamal dengan pemain Girona, Bryan Gil.

Selain Yamal, situasi penyerang AC Milan, Alvaro Morata juga tidak diketahui selepas dia dimasukkan ke hospital minggu lalu selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala ketika menjalani latihan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI