fbpx

UNL: Portugal resah hilang tonggak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PORTUGAL bakal berdepan cabaran sukar apabila dijadual menentang Poland dan Croatia pada saingan UNL kali ini. - AFP

LISBON – Ketua Jurulatih Portugal, Roberto Martinez mengakui beliau sedikit gusar kerana tidak dapat menggunakan khidmat pemain pertahanan, Ruben Dias menjelang aksi menentang Poland pada saingan Liga Negara-Negara Eropah (UNL) di Stadium Dragao awal pagi esok.

Pemain berusia 27 tahun itu sudah tidak beraksi dalam tiga perlawanan bersama Manchester City selepas mengalami kecederaan otot selepas tewas 1-2 kepada Tottenham Hotspur dalam saingan Piala Liga Inggeris (EFL) hujung bulan lalu.

Ketiadaan pemain pertahanan kental itu bukan sahaja dirasai City, malah Martinez turut menyuarakan kebimbangan ketiadaan Dias mampu memberi kesan terhadap benteng pertahanan Selecao.

Justeru, beliau menggesa pemain-pemain lain supaya mengisi kekosongan yang ditinggalkan Dias selain memberikan 100 peratus bagi memastikan pintu gol Portugal tidak dirobek jentera serangan Poland.

“Saya tahu setiap pasukan memang perlu bersedia untuk berdepan mana-mana lawan dan juga kecederaan. Sekarang kami sedang berdepan keadaan tersebut dan diharapkan ia tidak memberi kesan kepada kami.

“Ruben Dias seorang pemain yang sangat penting untuk kami kerana dia mampu menjadi seorang jurulatih ketika di atas padang. Dia memiliki sifat kepimpinan dan boleh mengawal benteng pertahanan,” katanya.

Difahamkan, Dias bukan sahaja akan terlepas aksi menentang Poland, malah dia juga turut diketepikan untuk satu lagi perlawanan UNL menentang Croatia di Stadium Poljud 19 November nanti. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI