ANKARA – Turkiye memutuskan semua bentuk hubungan dengan Israel, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan dalam satu pengumuman kelmarin.
Erdogan berkata demikian kepada wartawan yang berada di dalam pesawat susulan lawatan beliau ke Arab Saudi dan Azerbaijan.
“Kerajaan Republik Turkiye di bawah kepimpinan Erdogan tidak akan meneruskan atau mewujudkan hubungan dengan Israel,” kata Erdogan.
“Keputusan kami memutuskan hubungan dengan Israel adalah muktamad dan kami akan mengekalkan pendirian ini di masa hadapan,”
Di sebalik Turkiye melaksanakan sekatan perdagangan terhadap Israel pada Mei lalu, Ankara tetap mengekalkan hubungan diplomatik dengan Tel Aviv.
Walaupun kerajaan Turkiye secara rasmi memanggil pulang dutanya pada tahun lalu, misi diplomatik Ankara di Tel Aviv masih dibuka dan beroperasi.
Israel turut mengosongkan kedutaannya di Ankara tahun lepas dengan alasan ancaman keselamatan serantau. – AGENSI