fbpx

Tiga mangsa lemas di Gopeng peserta ‘team building’ JKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba dan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) kepada mangsa lemas di Sungai Kampar, Gopeng hari ini.

GOPENG – Keseronokan tiga peserta mengikuti aktiviti berakit meredah jeram (white water rafting) di Sungai Kampar di sini berakhir dengan tragedi apabila ditemukan lemas dalam kejadian kira-kira pukul 5.56 petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, tiga mangsa yang melibatkan dua lelaki dan seorang wanita itu mengikuti program team building yang dianjurkan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Ketiga-tiga mangsa terlibat dalam aktiviti berakit meredah jeram itu sejauh enam kilometer (km) menyusuri sungai sebelum dihanyutkan arus deras.” katanya di sini hari ini.

Difahamkan hujan lebat dan arus deras semasa kejadian itu berlaku.

Katanya, ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh kakitangan perubatan yang turut berada di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI