fbpx

Orang Terengganu siap sedia banjir gelombang pertama Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Terengganu dijangka mula dilanda banjir gelombang pertama musim tengkujuh pada lusa berdasarkan ramalan hujan lebat berterusan yang dikeluarkan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Tiga daerah lagi berisiko ditenggelami banjir terbabit ialah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Hanafiah Mat berkata, risiko banjir gelombang pertama itu semakin meningkat berikutan fenomena air pasang besar yang berlaku serentak lusa.

“Selain Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman, kita tidak boleh menolak kemungkinan daerah-daerah lain di negeri ini boleh dilanda banjir seawal Ahad ini.

“Antara lokasi yang kerap dilanda banjir pada tempoh Monsun Timur Laut (MTL) dan kita perlu bersedia ialah Permaisuri, Setiu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Sebelum ini, JPS telah mengeluarkan ramalan awal banjir di pesisiran pantai Kelantan, Pahang dan Timur Johor serta keseluruhan Terengganu antara 18 November hingga 21 November ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI