fbpx

‘Tak pernah pakai personal shopper, tolong jangan guna gambar saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Elfira menyelar tindakan terdesak 'personal shopper' atau pembeli peribadi yang menggunakan gambarnya tanpa kebenaran demi melariskan barang jualan.

PETALING JAYA – Pelakon Elfira Loy menyelar tindakan terdesak personal shopper atau pembeli peribadi yang menggunakan gambarnya tanpa kebenaran demi melariskan barang jualan.

Enggan terpalit sebarang masalah kelak, Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 30, berkata, tindakan tidak bertanggungjawab individu berkenaan boleh mengundang kekeliruan serta risiko penipuan.

“Maaf, saya tidak suka apabila personal shopper menggunakan gambar saya untuk menjual beg tangan.

“Nanti orang yang ditipu akan cari saya dulu sebab dia terpedaya dengan gambar saya,” ujarnya menerusi satu hantaran dalam Instagram Story.

Bimbang ramai tertipu, pelakon filem Kum Kum itu memberitahu, dia terpaksa tampil menjelaskan keadaan selepas menerima banyak aduan berhubung perkara tersebut.

Tegasnya, dia sendiri tidak pernah menggunakan khidmat pembeli peribadi untuk membeli sebarang produk.

“Walaupun bukan salah saya, tetapi saya malas nak sakit kepala apabila orang mengadu kepada saya.

“Saya tidak pernah membeli apa-apa daripada personal shopper.

“Jadi, tolong jangan menggunakan gambar saya lagi,” ujarnya.

Rata-rata netizen memuji tindakan ibu kepada dua anak itu yang tidak memberi muka kepada peniaga yang kebulur untung dengan menunggang nama selebriti. — KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI