fbpx

[KEMASKINI] Dua kakitangan JKR Langkawi, seorang JKR Seberang Prai Tengah mangsa lemas aktiviti berakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba dan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) kepada mangsa lemas di Sungai Kampar, Gopeng hari ini.

KAMPAR – Tiga kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang lemas ketika aktiviti berakit meredah jeram (water rafting) di Sungai Kampar, Gopeng dekat sini telah dikenali pasti.

Mereka ialah Mohamad Khairul Hakim Hamidi dan Muhammad Ikram Abdul Bari masing-masing berumur 37 dan 29 tahun yang merupakan kakitangan JKR Langkawi, Kedah.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, seorang lagi mangsa ialah Suhaila Mat Saad, 47, bertugas di JKR Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

Terdahulu, jenazah ketiga-tiga mangsa tiba di Unit Forensik, Hospital Kampar di sini kira-kira pukul 9.55 malam tadi.

Mohamad Nazri berkata, kakitangan JKR berkenaan ditemukan lemas kira-kira pukul 5.56 petang tadi selepas empat kilometer (km) meredah sungai.

Kesemua mereka mengikuti program team building yang dianjurkan oleh JKR Seberang Perai Tengah dan JKR Langkawi.

“Ketiga-tiga mangsa merupakan antara 22 peserta program team building daripada kedua-dua cawangan JKR itu serta enam pemandu pelancong yang turun ke kawasan sungai bermula petang 3.30 petang.

“Setibanya di lokasi, pasukan kami mendapati kesemua mangsa sudah dinaikkan ke tebing,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI