fbpx

Solat Jumaat 16 masjid tidak sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

REMBAU – Kariah di 16 buah masjid di sini, diminta menggantikan solat Jumaat dengan solat Zuhur susulan khatib dikesan tertinggal satu rukun khutbah Solat Jumaat, 8 November lalu.

Masjid berkenaan ialah Masjid Kariah Pekan Pedas, Masjid Kariah batu 17 Chembong, Masjid Kariah Astana Raja, Masjid Kariah Pulau Mampat, Masjid Kariah Titian Akar, Masjid Kariah Pedas Tengah dan Masjid Kariah Durian Daun.

Selain itu, Masjid Kariah Semerbok, Masjid Kariah Pilin, Masjid Kariah Legung Ulu, Masjid Kariah Nerasau, Masjid Kariah Dato Lela Maharaja Sepri, Masjid Kariah Kundur Hulu, Masjid Kariah Miku Lama, Masjid Kariah Sawah Raja dan Masjid Kariah Senama.

Mufti Negeri Sembilan, Prof Madya Datuk Dr Faudzinaim Badaruddin berkata, masalah berkenaan berlaku apabila Khatib di 16 masjid menggunakan teks yang belum dibetulkan.

“Khatib tidak membaca ‘اتقوا الله’ sedangkan ia rukun yang perlu dibaca dengan bahasa Arab. Isu tersebut tidak berlaku di daerah lain setakat yang diketahui.

“Nasihat Jabatan Mufti pada para jemaah yang terlibat agar menqantikan Solat Jumaat dengan solat Zohor,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Terdahulu, tular surat hebahan bertarikh 13 November di aplikasi whatsApp yang mendakwa hkatib tidak membaca rukun khutbah dalam teks bahasa Arab semasa khutbah Jumaat pada 8 November lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI