fbpx

Sivasangari ungguli pertarungan dua jaguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SIVASANGARI (kanan) berjaya menundukkan Aifa untuk mengesahkan tempat di separuh akhir esok.

KUALA LUMPUR – Bintang skuasy negara, S. Sivasangari mempamerkan prestasi cemerlang apabila melangkah ke suku akhir Piala Skuasy ACE Malaysia 2024 dengan mencatat kemenangan bergaya ke atas rakan senegara, Aifa Azman.

Sivasangari yang merupakan pilihan utama kejohanan itu menundukkan Aifa dalam kemenangan straight-set 11-9, 11-3, 11-6 dalam pertemuan yang menyaksikan dominasi taktikal dan fizikalnya.

Pemain berusia 25 tahun itu mengakui gugup pada awal permainan, tetapi segera menemui rentak untuk menguasai perlawanan.

“Saya cuba fokus pada permainan hari ini kerana sudah lama tidak bermain. Permulaan agak gugup, tetapi saya berjaya menyesuaikan diri dan memberikan aksi terbaik,” katanya yang ditemui media selepas perlawanan.

Menurut Sivasangari, tekanan sebagai pemain pilihan utama serta berhadapan rakan sepasukan menjadikan perlawanan lebih bermakna.

“Saya benar-benar mahu menang untuk membuktikan kedudukan saya sebagai pemain nombor satu negara. Aifa adalah lawan yang hebat dan saya sangat menghormati usaha kerasnya di gelanggang.

“Bagi saya, yang paling penting adalah fokus pada setiap mata dan memastikan saya kekal tenang. Apabila tenang, saya dapat bermain skuasy terbaik,” tambahnya.

Mengulas mengenai cabaran seterusnya, Sivasangari bersedia menghadapi wakil Scotland, Georgia Adderly pada aksi separuh akhir saingan yang dijadualkan pada esok di The Curve, Damansara.

“Dia adalah lawan yang sukar dengan gaya permainan yang menuntut rali panjang dan intensif. Saya akan menilai kembali perlawanan kami sebelum ini dan merangka strategi yang lebih baik,” katanya. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI