fbpx

Selekoh ‘maut’, menangis tengok bumper belakang tercabut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Video tersebut yang dikongsikan di TikTok.

PETALING JAYA – Bumper belakang sebuah kereta Toyota Vios biru yang ‘terkopak’ semasa melalui selekoh tinggi mencetuskan perdebatan dalam kalangan orang ramai mengenai keadaan jalan di kawasan berkenaan.

Menerusi sebuah rakaman papan pemuka (dashcam) di TikTok oleh @Sg_jiumeifu, kereta itu dilihat sedang membelok ke kiri di sebuah selekoh ‘maut’ yang agak tinggi sebelum bumper belakangnya tercabut.

Sebelum kejadian itu, sebuah kereta jenis sama berwarna putih melalui selekoh yang sama namun tidak terkena nasib yang sama.

Hantaran ini telah meraih pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang rata-rata simpati terhadap pemilik kenderaan itu dan mengecam keadaan selekoh yang terlalu tinggi.

“Setiap kali lalu sini, mesti aku membebel. Kenapa nak kena buat selekoh tinggi macam ini? Entah apa yang mereka fikir,” komen Aquarius.

“Betul. Kereta aku yang buruk dan tak ‘lowered’ ni pun boleh sangkut bukit ni,” ujar Angel.

“Dah boleh tutup lah jalan ni,” kata Alfonso. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI