fbpx

[VIDEO]’Reda segala pahit manis, dapat ketenangan saat bersujud’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIANA Danielle kini cuba bertenang dan mengharapkan yang terbaik menjelang prosiding perceraiannya pada 20 November ini.

KUALA LUMPUR – Apa-apa pun (keputusan) saya akan terima”.

Demikian kata pelakon Diana Danielle apabila diminta mengulas mengenai sebutan permohonan rujuk dan perceraian kali kedua yang akan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 20 November ini.

Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeso, 33, bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkenaan kes perceraian yang masih berjalan.

“Saya tidak akan komen apa-apa berkenaan perkara peribadi, cuma saya harapkan biarlah hasilnya positif. Tetapi saya akan terus berjuang dan terbang,” ujar Diana.

Sementara itu, Diana berkongsi dia memperoleh kekuatan untuk melalui episod gelap rumah tangga buat kali kedua dengan mendekatkan diri dengan Allah.

“Saya kalau boleh tidak mahu cakap tentang hal ini, nanti orang kata ingin tunjuk baik tetapi buat masa ini saya hanya fokus dengan solat sahaja. Apa sahaja pahit manis yang saya lalui, waktu bersujud itulah saya meluahkan apa yang dirasai dan daripada itu dapat ketenangan,” ujar Diana.

Selain itu, Diana yang juga bintang filem Imaginur menjelaskan kemelut rumah tangga banyak mengajarnya untuk menjadi Muslimah yang lebih baik.

“Sebenarnya kita tidak boleh bergantung kepada manusia sebab kita yang perlu bangunkan diri kita sendiri. Anak-anak adalah tunjang utama semangat saya, bukan saja kekuatan tetapi untuk menjadi lebih baik. Saya harap apa yang berlaku beri sinaran kepada semua pihak,” jelas Diana yang ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta cafe B&G Recipe, hari ini.

Terdahulu, Diana mengejutkan banyak pihak apabila memfailkan perceraian buat kali kedua selepas setahun kembali rujuk bersama suaminya, aktor Farid Kamil. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI