fbpx

Perjawatan JSJK distruktur semula bagi perangi jenayah kompleks, AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil langkah lebih proaktif dan berinovasi bagi mengekang eksploitasi teknologi kecerdasan buatan (AI) yang mengubah modus operandi penjenayah serta menjadikan jenayah komersial semakin kompleks.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, penggunaan teknologi ‘deepfake’ merupakan salah satu contoh, yang membolehkan penjenayah mencipta kandungan palsu, baik dalam bentuk video, gambar, mahupun audio untuk memperdaya mangsa.

“Rasionalisasi serta penstrukturan perjawatan di dalam Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dalam PDRM merupakan antara usaha yang telah dijalankan bagi mendepani cabaran baharu ini.

“Bagaimanapun, memandangkan tiada peruntukan perjawatan baharu, maka PDRM telah menggunakan perjawatan dalaman untuk menstruktur semula perjawatan JSJK, mengikut keutamaan fungsi-fungsi kritikal,” katanya di Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara anjuran JSJK di Bukit Aman hari ini.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 691 perjawatan dikenal pasti dan diambil dari jabatan-jabatan lain bagi memenuhi keperluan JSJK.

Selain itu, penstrukturan semula perjawatan yang sedia ada di dalam JSJK, melibatkan 906 perjawatan dilakukan melalui kaedah agihan dalam jabatan.

“Dalam usaha menambah baik keupayaan JSJK, sebuah Unit Siber Taktikal dan Teknikal ditubuhkan dengan cadangan awal melibatkan sebanyak 22 perjawatan baharu.

“Namun, buat masa ini sebanyak 17 perjawatan telah diisi bagi memulakan operasi fasa pertama dalam unit tersebut.

“Langkah drastik ini sangat diharap dapat menambah keupayaan PDRM menangani ancaman siber secara efektif dan juga holistik,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI