fbpx

Penjawat awam Selangor dapat 2 bulan bonus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SHAH ALAM – Kerajaan negeri mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri ini.

Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi Belanjawan Selangor 2025 bagi menghargai komitmen dan fokus telah disumbangkan golongan tersebut bagi memastikan negeri ini terus berdaya saing.

Katanya, ini juga adalah tambahan daripada BKK sebanyak satu setengah bulan yang telah diterima sebelum ini.

“Suka saya ingin mengumumkan BKK yang akan dilaksanakan pada tahun ini adalah tambahan lagi dua bulan kepada seluruh penjawat awam negeri Selangor.

“Ini meliputi pelbagai syarat-syarat telah kita tetapkan dengan satu bulan akan dibayar pada 31 Disember depan dan sebulan lagi akan dilunaskan pada 25 Mac tahun depan sempena menyambut Aidilfitri dan persiapan hari raya,” katanya hari ini. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI