fbpx

MotoGP: Marquez tidak kesal sertai Ducati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ mengakui tidak mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan jentera Ducati biarpun 10 tahun bersama Honda. - AFP

BARCELONA – Setahun selepas meninggalkan Honda, pelumba Sepanyol, Marc Marquez mengakui pengalaman barunya bersama Ducati menunjukkan perbezaan ketara berbanding zamannya bersama Honda.

Pada hujung minggu ini di Barcelona, Marquez akan mengakhiri saingan dengan jentera Ducati Desmosedici versi tahun lalu sebelum berpindah ke jentera spesifikasi kilang bersama pasukan Ducati secara rasmi pada 2025.

“Ia lebih kepada ketenangan dalaman. Mengambil keputusan besar sebegini memang penuh keraguan. Setelah 10 tahun bersama Honda, saya bimbang untuk menunggang Ducati. Namun, keraguan itu hilang kerana seawal pusingan pertama, saya sudah berasa selesa,” katanya.

Menurut Marquez, kebolehannya menyesuaikan diri adalah kekuatannya sebagai pelumba selain melihat keputusan berpindah ke Ducati sebagai langkah besar dalam mengatasi cabaran teknikal yang dihadapinya ketika bersama Honda.

“Pertama sekali, saya perlu faham bagaimana untuk mengawal jentera ini dan mula menyesuaikan diri. Pada satu tahap, bila tak lagi boleh menyesuaikan diri, saya perlu fokus pada keselesaan dan memperbaiki masa yang hilang di trek,” tambah Marquez.

Musim ini, Marquez berjaya meraih kembali tiga kemenangan Grand Prix dan menduduki tempat ketiga dalam kejuaraan, hanya satu mata di hadapan Enea Bastianini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI