fbpx

‘Menyanyi 1%, menjiwai 99%’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran yang dimuat naik di TikTok.

PETALING JAYA – Seorang lelaki berkongsi telatah adik lelakinya yang sedang menyanyi dengan penuh perasaan walaupun dengan nada yang sumbang.

Menerusi sebuah hantaran di TikTok oleh Aizam Faroq, kanak-kanak lelaki itu dilihat sedang mendendangkan sebuah lagu sambil duduk di atas sofa dengan memakai ‘headset’ serta memejamkan mata, seolah-olah sedang berada di pentas konsert.

Meskipun nyanyiannya tidak mengikut rentak, gelagat si adik yang bersungguh-sungguh menghayati lagu tersebut berjaya mengundang tawa ramai pengguna media sosial.

“Ni lah orang kata, jangan nyanyi pakai benda tu dekat telinga. Tuan badan memang rasa sedah gila dah menyanyi tapi yang mendengar je tahu,” komen Mizie.

“Amat menyentuh hati, limpa dan paru-paru akak, dik,” ujar Tia.

“Menyanyi 1%, menjiwai 99%,” kata Lindin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI