fbpx

Lelaki hasilkan barang kemas guna susu badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Andrew menghasilkan pelbagai aksesori wanita yang diperbuat daripada susu ibu. - Andrew Lim

SINGAPURA – Seorang pemilik perniagaan di Singapura mengundang perhatian orang ramai kerana menghasilkan barang kemas daripada susu badan, lapor saluran berita Must Share News semalam. 

Andrew Lim, 32, menjual aksesori aneh itu kepada wanita yang mahu menyimpan kenangan selepas menjadi seorang ibu. 

“Anda mempunyai satu peluang untuk menyusukan bayi. Ia semestinya menjadi sesuatu yang anda mahu ingati dan miliki,” katanya. 

Meskipun mendapat permintaan tinggi, sebilangan orang masih menganggap aneh apabila aksesori itu dihasilkan dan dijual oleh seorang lelaki. 

“Memberi susu ibu kepada lelaki yang anda tidak kenali adalah satu perkara yang pelik,” kata seorang pengguna laman sosial. 

Bagi membina kepercayaan pelanggan, Andrew merakam proses di mana susu ibu yang diberikan mereka digunakan untuk menghasilkan barang kemas yang dipesan dan bukan tujuan lain. 

“Pada penghujung hari, saya tidak menjual barang kemas tetapi menjual idea di mana kenangan boleh disimpan,” kata Andrew.  – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI