JAKARTA – Perbuatan sekumpulan wanita termasuk warga emas di Indonesia yang bertengkar sampaikan berguling-guling di atas tanah mengundang perhatian orang ramai, lapor portal berita Tribunnews semalam.
Kejadian berlaku di sebuah kejiranan di Kota Makassar, wilayah Sulawesi Selatan pada 11 November lalu.
Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @update_pinrang_terkini, empat wanita dilihat menyerang antara satu sama lain di tepi jalan.
Lebih mengejutkan, mereka bergaduh di hadapan kanak-kanak.
Perselisihan itu dipercayai berpunca daripada masalah melibatkan jiran tetangga.
Video itu mencatatkan lebih 22,100 tontonan dan menimbulkan kekecohan di ruang komen.
“Ini acara apa? Kenapa saya tidak dijemput?” sindir seorang netizen.
“Kalau wanita bergaduh, lelaki jangan ikut masuk campur nanti kena maki,” komen netizen lain. – AGENSI