fbpx

Johor Port Berhad raih anugerah ‘Best Employer Brand Awards 2024’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md Derick (kanan), menerima Asia Best Employer Brand Award 2024 bagi pihak Johor Port Berhad yang disampaikan oleh Jaswinder Narang, wakil dari World HRD Congress, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Johor Port Berhad (Johor Port), telah dianugerahkan penghormatan tertinggi di ‘Asia Best Employer Brand Awards 2024’ yang berlangsung di sebuah hotel di Singapura, baru-baru ini.

Pengiktirafan berprestij itu mengukuhkan komitmen berterusan Johor Port dalam membina budaya tempat kerja yang inklusif, memupuk bakat dan menjadi penanda aras kecemerlangan majikan seluruh rantau.

Ketua Pegawai Eksekutif Johor Port Berhad, Md Derick Basir, yang menerima anugerah berkenaan bagi pihak Johor Port berkata, beliau berbangga dengan pengiktirafan berkenaan.

“Kakitangan kami adalah aset paling berharga. Anugerah ini mengukuhkan komitmen teguh kami dalam membina tempat kerja yang menyokong, dinamik, dan inklusif yang mengutamakan pembangunan pekerja, kesejahteraan, serta pertumbuhan kerjaya.

“Ia sekali gus memperkukuhkan kedudukan Johor Port sebagai majikan terkemuka di Asia sejajar dengan misi kami untuk mencipta tempat kerja contoh untuk semua,” katanya menerusi kenyataan.

Acara anjuran ‘World HRD Congress’ itu diadakan dengan sokongan strategik daripada ‘CHRO Asia, Platform Global’ untuk ketua sumber manusia, dan Persekutuan Profesional Sumber Manusia Dunia.

Acara tahunan ini meraikan organisasi yang mengutamakan penglibatan pekerja, pengurusan bakat yang efektif, dan amalan sumber manusia cemerlang sejajar dengan matlamat perniagaan strategik.

Johor Port Berhad, Ahli Kumpulan MMC, merupakan Pelabuhan Pelbagai Guna Bersepadu yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia, menyediakan pelbagai perkhidmatan pelabuhan komprehensif untuk memenuhi keperluan individu pelanggannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI