fbpx

GISBH: Perak akur, terima pakai keputusan MKI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani

LENGGONG – Perak akur dan menerima pakai keputusan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang memutuskan ajaran dibawa oleh pemimpin syarikat GISB Holdings Sdn. Bhd (GISBH) adalah sesat.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kerajaan negeri akur sepertimana yang telah diputuskan itu dan akan melaksanakan penguatkuasaan.

“MKI dipengerusikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak. Jadi maknanya ia adalah standard untuk seluruh negara. MKI peringkat kebangsaan, jadi kita akur sepertimana yang telah diputuskan itu.

“Kita akur dan melaksanakan penguatkuasaan terhadap mana-mana orang terlibat yang bercanggah dengan apa diputuskan oleh MKI,” katanya kepada pemberita selepas program libat urus dengan penggiat industri pelancongan di sini hari ini.

MKI semalam memutuskan ajaran yang dibawa dibawa Nasiruddin Mohd. Ali daripada syarikat GISBH adalah sesat kerana mempunyai ciri-ciri menyeleweng daripada ajaran Islam.

Perkara itu diputuskan melalui Mesyuarat MKI Kali ke-125 yang bersidang pada 24 hingga 26 September lalu setelah yakin dan berpuas hati dengan hujah-hujah dan fakta-fakta yang dikemukakan oleh penyelidik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI