fbpx

Berbedak, tular Ruhainies dapat ‘bombastic side eye’ daripada Dynas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tular sepotong video memperlihatkan pelakon sensasi Ruhainies mendapat 'bombastic side eye' daripada pelakon Dynas Mokhtar.

PETALING JAYA – Tular sepotong video memperlihatkan pelakon sensasi Ruhainies mendapat jelingan atau bombastic side eye daripada pelakon yang lebih senior, Dynas Mokhtar dalam satu acara di ibu negara.

Dalam video berkenaan, Dynas atau nama sebenarnya, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 41, sedang merakamkan video mengucapkan ucapan tahniah buat rakan-rakannya yang berjaya mengusahakan perniagaan baharu.

Bagaimanapun, mata netizen tertancap sebelum kamera dihalakan ke arah Ruhainies, 32, yang menyaksikan riak wajah Dynas umpamanya mewakili emosi seluruh rakyat Malaysia terhadap pelakon kontroversi terbabit.

“Siapa datang sini (hantaran Dynas) lepas baca komen di Facebook.

“Mesti baju Dynas bercapuk kena bedak si R (merujuk perlakon terbabit). Dynas, MUSM,” demikian antara komen nakal netizen dalam ruangan komen video dimuat naik Dynas.

Terdahulu, Ruhainies dikecam ramai peminat selepas dikatakan menjadi punca perceraian antara Bella Astillah dan bekas suaminya, Aliff Aziz.

9 Mac lalu, nama Ruhainies menjadi bualan hangat selepas dia dan Aliff ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.

Berdepan kemelut kontroversi yang panjang disebabkan isu terbabit, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas juga dikatakan menggunakan akronim untuk berkomunikasi dengan Aliff selepas perbualan mesra mereka didedahkan kepada umum menerusi media sosial.

Antara akronim atau singkatan yang digunakan termasuklah L U (love you), L U M (love you so much) dan M U S M (miss you so much). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI