fbpx

Berang dikongkong: Lelaki didakwa bunuh ibu saudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh, Lee Hao Yi, 21, Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya, minggu lalu. Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya, minggu lalu.

Tertuduh, Lee Hao Yi, 21, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Lee Huey Ting, 54, di sebuah rumah di Jalan Pengkalan Barat 25, Taman Puteri Lindungan Bintang dalam daerah Kinta, Perak pada pukul 1 pagi, 6 November 2024 hingga pukul 8.25 pagi, 10 November 2024.

Menerusi laporan media pada 10 November lalu, mayat seorang wanita ditemukan hampir reput dalam bilik di sebuah rumah selepas polis menerima maklumat awam pada pukul 8.31 pagi.

Susulan penemuan itu, seorang lelaki yang juga anak saudara mangsa dan tinggal bersama wanita itu ditahan bagi membantu siasatan.

Difahamkan, mangsa telah ditumbuk berkali-kali oleh lelaki terbabit sehingga jatuh tangga dan pengsan seterusnya dikurung dalam bilik sebelum kejadian itu terbongkar apabila abang wanita itu datang ke rumah dan terhidu bau busuk.

Motif suspek bertindak demikian kerana berang selepas sering dikongkong oleh ibu saudaranya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI