fbpx

Bangunan terpanjang akan dibina 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangunan setinggi 1,219.2 meter itu menyasar untuk menjadi bangunan tertinggi di dunia. - Oiio

BANDAR RAYA NEW YORK – Sebuah bangunan pencakar langit pelik kerana memiliki reka bentuk seperti huruf  ‘U’ terbalik, bakal dibina di New York, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Dinamakan ‘The Big Bend’, pencakar langit sepanjang 1,219.2 meter dan tinggi kira-kira 610 meter itu menyasarkan untuk memegang gelaran bangunan paling panjang di dunia. 

Menurut syarikat seni bina Oiio di New York, The Big Bend direka melengkung untuk memanfaatkan ruang yang tersedia tanpa perlu membelanjakan kos tambahan.

“Reka bentuk sedemikian juga membolehkannya bertahan walaupun dilanda angin kuat. 

“Panjang The Big Bend boleh mengatasi Burj Khalifa (bangunan tertinggi dunia) di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang memiliki ketinggian 828 meter,” katanya. 

Meskipun reka bentuknya unik, Oiio merancang untuk mencipta lif bergerak di sepanjang laluan supaya membolehkan orang ramai bergerak secara berterusan di dalam bangunan. 

“The Big Bend boleh menjadi penyelesaian seni bina terhadap peraturan had ketinggian bangunan pencakar langit di Manhattan,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI