fbpx

‘Saya kecewa ‘mereka’ menconteng arang pada Sang Saka Biru’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin

KUALA LUMPUR – Seramai 22 pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbabit dalam kes jenayah komersial tahun lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ia lebih membimbangkan apabila melihat peningkatan jumlah pembabitan pegawainya dalam kes jenayah komersial pada tahun ini.

“Saya dimaklumkan bahawa pada tahun 2023, terdapat penglibatan seramai 22 orang pegawai PDRM sebagai suspek dalam kes-kes jenayah komersial.

“Lebih membimbangkan, jumlah penglibatan pegawai PDRM dalam kes-kes jenayah komersial, meningkat kepada 23 orang sepanjang Januari hingga September tahun ini,” katanya di Perhimpunan Bulanan Polis Anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) di Bukit Aman, pagi tadi.

Katanya, kewibawaan dan imej PDRM telah tercalar dengan penangkapan-penangkapan yang dilakukan terhadap segelintir warganya atas pelbagai kesalahan jenayah, dadah, rasuah serta salah guna kuasa.

“Acap kali saya menekankan tentang perlunya satu perubahan drastik dilakukan terhadap budaya kerja dan tahap integriti di dalam diri setiap warga PDRM, agar pasukan kekal relevan dan dihormati oleh masyarakat.

“Namun, walaupun berulang kali telah diberikan ingatan dan amaran, tahap integriti serta pematuhan standard warga pasukan masih berada di tahap yang membimbangkan,” jelasnya.

Justeru, Razarudin meluahkan rasa kecewanya terhadap mereka yang ‘menconteng arang’ pada Sang Saka Biru.

“Saya amat kecewa dan terkilan apabila amanah di sebalik seragam biru yang kita banggakan ini, telah disalah guna oleh mereka yang rasanya tidak keterlaluan, jika saya ibaratkan sebagai manusia yang tidak bermaruah dan mementingkan diri sendiri.

“Integriti adalah teras dalam pembentukan dan pemantapan jati diri kita. Justeru, sempena dengan Pelancaran Sambutan Bulan Integriti Nasional 2024 bertemakan ‘Teguh Integriti, Kukuh Pertiwi’, PDRM menyambut baik segala usaha murni kerajaan dalam memperkasakan pembudayaan integriti,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI