fbpx

Waris Cikgu Hasnatul terima lebih RM129,000 dari PTPTN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ab Rauf Yusoh (tiga dari kanan) dan Norliza (dua dari kanan) menyerahkan replika kad manfaat perlindungan takaful dan khairat kematian Simpan SSPN kepada waris pendeposit (tengah) diiringi Pengurus Besar Kanan PTPTN, Wan Zawiah Abu Bakar.

PETALING JAYA – Waris kepada pendeposit Simpan SSPN iaitu Allahyarhamah Hasnatul Adilah Hassan, menerima manfaat perlindungan takaful dan khairat kematian berjumlah RM129,230.86 bagi meringankan beban menerusi Program Ziarah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Prihatin.

Allahyarhamah Hasnatul Adilah, 49, seorang guru meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada 8 Jun 2024 merupakan pendeposit Simpan SSPN Prime dan telah membuka akaun untuk dua anaknya, 15 Jun 2020 lalu.

Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, Allahyarham guru tersebut mempunyai simpanan yang melayakkan beliau menerima manfaat perlindungan takaful berjumlah RM1,230.86 berserta khairat kematian RM2,000.

“Allahyarhamah juga telah membuka akaun Simpan SSPN Plus untuk dua anaknya di bawah Pakej Intan dengan komitmen sebanyak RM30 sebulan.

“Melalui caruman takaful RM20 sebulan (bagi dua akaun), beliau telah dilindungi dengan manfaat perlindungan takaful (kematian kemalangan) RM120,000.00 dan khairat kematian RM6,000.00,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan ke rumah waris pendeposit terbabit di Masjid Tanah, Melaka bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Menurut Norliza, pihaknya berharap penabungan dalam Simpan SSPN dapat membantu meringankan beban kewangan waris pendeposit.

“Sememangnya nilai manfaat ini tidak dapat mengembalikan nyawa insan yang tersayang, namun dengan manfaat yang diterima dapat memastikan pendidikan anak-anak Allahyarhamah dapat diteruskan dan kelangsungan hidup mereka lebih terjamin,” ujarnya.

Norliza turut memaklumkan, PTPTN mempunyai dua produk simpanan iaitu Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus yang menawarkan pelbagai kistimewaan dan manfaat.

“Maklumat lanjut berkenaan Simpan SSPN boleh diperoleh melalui portal rasmi www.ptptn.gov.my atau aplikasi myPTPTN untuk perkhidmatan yang lebih mudah, cepat dan selamat,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI