fbpx

[VIDEO] Habis RM300 cari bau busuk dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tersebut yang dikongsi di TikTok

PETALING JAYA – Seorang wanita terpaksa berhabis RM300 bagi mencari punca bau busuk di dalam keretanya.

Menerusi perkongsian di TikTok, difahamkan kereta tersebut dibawa ke sebuah bengkel oleh pemilik kenderaan berkenaan bagi mencari punca bau busuk yang sangat kuat.

“Pelanggan hantar kereta, bukan untuk baiki tapi nak cari punca kenapa kereta bau busuk.

“Sampai nak pitam pekerja sebab bau busuk,” tulis kapsyen pada video tersebut.

Difahamkan, pencarian bau busuk itu mengambil masa dua hari kerana pekerja bengkel perlu membuka setiap bahagian pada kereta tersebut.

Pekerja bengkel berkenaan kemudian berjaya menemui beberapa ekor anak tupai yang masih hidup dan ada juga yang sudah mati menyebabkan bau busuk yang amat kuat.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna tertanya-tanya bagaimana tupai tersebut boleh bersembunyi di dalam kereta berkenaan.

“Apa punca haiwan boleh menetap dekat situ? kalau selalu servis boleh dapat tahu ke, tetap takkan tahu sampi bau busuk baru tahu?,” soal Noni.

“Macam mana boleh masuk ya? Tupai kan agak besar juga. Selalu dengar tikus je masuk dalam kereta,” kata Isz.

“Ayam saya suatu hari hilang bang. Tahu-tahu dah mati dekat enjin bang. Bau dia berbulan bulan nak hilang,” kongsi Farha. – KOSMO! ONLINE.

@baihakiautomotive #pusatserviskeretapasirgudang #hyundai #carservice #baihakiautoservice #hyundaiservice #carcare ♬ original sound – baihakiautoservice – baihakiautomotive

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI