fbpx

[VIDEO] Budak 12 tahun tidur di lantai, demi jaga ibu sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman memaparkan ketabahan Iman yang setia menjaga ibunya di hospital.

PETALING JAYA – Ketika rakan sebayanya berseronok bermain di luar, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun pula sibuk menguruskan keperluan harian ibunya di hospital akibat diserang strok.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Iman itu juga dikatakan sanggup makan dan tidur di lantai wad bagi memastikan layanan terbaik sepanjang menjaga ‘syurganya’.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik pengguna TikTok @norasni31, dia merakam momen sewaktu kanak-kanak lelaki tersebut mengurus ibunya yang terlantar sakit secara seorang diri.

“Ni adik Iman, umur 12 tahun. Anak tunggal. Sepanjang aku berada di sini, dia sorang-sorang jaga ibu dia yang terkena strok.

“Tak duduk diam dia untuk memastikan ibunya betul-betul dalam keadaan selesa. Dia yang akan tukarkan pampers (lampin pakai buang) ibu dia, lapkan badan ibu dia. Dia buat sendiri tanpa ada bantuan sesiapa,” kata @norasni31.

Tambah wanita itu, setiap kalu doktor memaklumkan perkembangan terkini kesihatan ibu Iman, kanan-kanak tersebut hanya mengangguk faham.

“Doktor sendiri tidak tahu sama ada Iman faham atau tidak. Apa yang diterangkan dan apa yang perlu dibuat pada usia 12 tahun. Semoga Iman kuat dalam menjalankan tanggungjawab biarpun masih terlalu muda.

“Kita yang dewasa ini pun belum tentu dapat melakukan apa yang dilakukan Iman, sanggup berjaga siang dan malam. Semoga Allah permudahkan urusan kamu dik,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

@norasni31 bila mana depan katil KO seorang pesakit strok.. dan penjaga seorang budak 12 tahun..makan minum tido kat lantai .Allahu kecian tgkk😭#fypviralシ #tiktokviral #beranda #terengganu#sedih #hospital #foryourepage #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – Astro Ceria

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI