fbpx

[VIDEO] Anak Kelantan timang bola sampai ke Juventus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulhilmi wakil tunggal Malaysia untuk pertandingan Freestyle Football World Championship di Turin, Itali semalam.

PETALING JAYA – Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Begitulah kisah anak kelahiran Kampung Manal, Tanah Merah, Kelantan yang berjaya membawa nama Malaysia ke persada dunia menerusi skil ‘freestyle’ atau gaya bebas bola sepak.

Zulhilmi Zuaswa, 21, mewakili Malaysia dalam pertandingan Freestyle Football World Championship di Turin, Itali semalam.

Difahamkan, hanya 16 peserta terbaik yang layak bertanding dalam pertandingan berprestij dunia itu.

Perkara membanggakan itu dikongsikan seorang freestyler terkenal Malaysia, Muhammad Hazim Ahmad Fadlullah Suhaimi atau Zeem Ahmad, 29, di aplikasi X semalam.

“Hari ini (semalam) ada ‘Freestyler’ dari Malaysia akan bertanding untuk World Champion di sini Turin, Italy. Hanya ada 16 pemain dan buat pertama kalinya kita ada wakil Malaysia, Zulhimi dari Kelantan berumur 21 tahun,” katanya.

Nama Zulhilmi tidak asing lagi dalam kalangan peminat sukan bola sepak gaya bebas tempatan, apabila sebelum ini berjaya mengharumkan nama negara selepas menyertai pertandingan peringkat dunia di Republich Czech pada Ogos 2023.

Lebih membanggakan, pemuda itu dinobatkan sebagai pemain terbaik pada kedudukan ke-32 dunia daripada ribuan pemain bola sepak gaya bebas yang ada.

Sementara itu, sehari sebelum perlawanan dunia tersebut, Zeem Ahmad dijemput untuk membuat persembahan khas pada sesi ‘meet and greet’ bersama pemain kelab bola sepak, Juventus FC di Itali.

Zeem Ahmad juga kerap diundang untuk membuat persembahan selain ditawarkan menjadi juri pertandingan sukan tersebut di beberapa buah negara Asia seperti Filipina, Thailand, Singapura, Vietnam dan Jepun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI