fbpx

Tuan tanah ambil atau jual lembu ceroboh boleh dijel, denda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik di Tiktok.

PETALING JAYA – Pemilik tanah berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap penternak yang membiarkan haiwan mereka berkeliaran dan menceroboh, namun tidak boleh mengambil atau menjual ternakan tersebut.

Menerusi perkongsian peguam Hafiz Baharuddin di akaun TikTok, lelaki itu menjawab pertanyaan seorang pengguna media sosial yang ingin mengetahui mengenai kesahihan mengenai perkara tersebut.

Menurutnya, mereka yang mengusahakan tanaman tidak berhak mengambil atau menjual haiwan yang menceroboh ke kawasan tanaman mereka walaupun lembu-lembu itu misalnya melakukan kerosakan.

“Perkara itu salah (mengambil haiwan) kerana haiwan ternakan masih milik pemiliknya. Jika pemilik lembu itu menjalankan perniagaan pertanian, haiwan ternakannya pasti akan ditandai (tagging),” kata Hafiz.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, pemilik tanah berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik haiwan tersebut sekiranya ternakan itu melakukan kerosakan.

Tambah Hafiz, sekiranya penternak melaporkan kepada pihak berkuasa, pemilik tanah yang cuba menyembunyikan haiwan itu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menyembunyikan harta tanpa pengetahuan pemiliknya.

Sabit kesalahan, pelaku boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI