fbpx

Timbalan mudir didakwa ajar tanpa tauliah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Rembau hari ini.

REMBAU – Seorang timbalan mudir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini atas pertuduhan mengajar tanpa tauliah di sebuah madrasah di Senama Hilir sejak hujung 2022.

Muhammad Ghazalyi Othman, 54, membuat pengakuan itu di hadapan hakim, Nurul Fadhlina Che Daud.

Tertuduh didakwa mengajar agama Islam berkaitan tauhid dan tafsir kepada pelajar di Madrasah Hayatul Islam, Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Remaja Berwibawa di Kampung Senama Hilir pada hujung 2022 hingga September lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 53 Enakmen-Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 Pindaan 2019 iaitu mengajar tanpa tauliah yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya.

Hakim kemudian menetapkan bon jaminan RM2,500 dengan dua orang penjamin yang bermastautin di Negeri Sembilan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI