fbpx

Taufan Super Usagi bawa angin 185 kilometer sejam hentam Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA pengawal pantai memindahkan penduduk di bandar Buguey, wilayah Cagayan menjelang ketibaan Taufan Usagi hari ini. – AFP

MANILA  – Filipina meningkatkan amaran ribut ke tahap tertinggi dan memindahkan beribu-ribu orang hari ini ketika Taufan Super Usagi bergerak ke utara negara itu.

Memiliki tiupan angin 185 kilometer sejam, Usagi dijadualkan menghentam pulau utama, Luzon sekitar pukul 5 petang ini (waktu Malaysia).

Bencana alam itu telah membunuh seramai 159 orang dan mendorong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) meminta bantuan berjumlah AS$32.9 juta untuk kawasan-kawasan paling teruk terjejas di Filipina.

Agensi meteorologi tempatan menyatakan, angin kencang Usagi boleh memusnahkan struktur yang dibina daripada bahan binaan ringan, namun kerosakan teruk pada bangunan-bangunan dianggap ‘berisiko rendah’.

“Hujan lebat dan ombak setinggi 3 meter diramal di Filipina dalam selama lebih tiga hari, manakala paras amaran ditingkatkan pada tahap 5,” kata jabatan berkenaan.

Di wilayah Cagayan di mana ribut itu dijangka tiba di daratan, pegawai-pegawai bekerja dalam hujan untuk memindahkan penduduk tepi pantai dan dari tebing beberapa sungai yang hampir melimpah.

“Kelmarin arahan berpindah dilakukan sebagai langkah pencegahan tetapi hari ini penduduk diwajibkan berpindah.Ia adalah mandatori,” kata pegawai bencana tempatan, Edward Gaspar kepada AFP dalam wawancara telefon sambil menambah, seramai 1,404 penduduk kini berlindung di sebuah gimnasium kerajaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI