fbpx

SUV premium BYD Sealion 7 bermula RM183,800

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EAGLE (kiri) dan Pengarah Urusan Sime Darby Motors Asia Tenggara, Jeffrey Gan ketika melancarkan model SUV premium elektrik, BYD Sealion 7 di The Exchange 106. - NOR SHAFAWATI YUP

KUALA LUMPUR – Sime Darby Motors sebagai pengedar utama BYD di Malaysia hari ini melancarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik, BYD Sealion 7 di pasaran tempatan.

Model itu hadir dalam dua varian iaitu Premium pada harga RM183,800 dan Performance (RM199,800) di atas jalan, tanpa insurans.

Pengarah Urusan BYD Malaysia, Eagle Zhao berkata, fokus syarikat adalah untuk menyediakan kenderaan tenaga baharu (NEV) bertaraf dunia yang memenuhi keperluan pelbagai pelanggan.

“Kami teruja untuk memperkenalkan BYD Sealion 7 sebagai sebuah SUV berprestasi yang menggabungkan kuasa dan gaya premium berserta keselesaan.

“Kami percaya BYD Sealion 7 akan mendapat sambutan baik di pasaran Malaysia serta menawarkan pilihan ideal untuk pemandu yang mengutamakan keselesaan,” katanya pada majlis pelancaran di sini, hari ini.

BYD Sealion 7 adalah model kelima yang dilancarkan BYD di Malaysia selepas BYD Atto 3, BYD Dolphin, BYD Seal dan BYD M6.

BYD Sealion 7 menggabungkan kuasa, gaya dan keselesaan.

Varian Premium BYD Sealion 7 menawarkan gabungan kuasa dan jarak gerak yang mengagumkan, dengan kuasa sebanyak 230 kilowatt (kW) dan tork 38 (Nm).

Ia membolehkan BYD Sealion 7 memecut daripada kedudukan pegun hingga kelajuan 100 kilometer sejam (km/j) dalam hanya 6.7 saat.

Menawarkan jarak perjalanan sehingga 567 kilometer dengan sekali cas, varian Premium sesuai untuk pemanduan bandar dan perjalanan jarak jauh, selain memberikan fleksibiliti kepada pemandu dengan mengurangkan masa untuk berhenti mengecas kenderaan.

Bagi mereka yang inginkan prestasi lebih hebat, varian Performance menjanjikan kuasa lebih tinggi.

Ia memiliki kuasa sebanyak 390 kW dan tork 690 Nm serta mampu memecut dari pegun hingga 100 km/j dalam hanya 4.5 saat, dengan jarak perjalanan elektrik sejauh 542 kilometer.

BYD Sealion 7 juga dilengkapi dengan bateri ‘blade’ inovatif yang menjanjikan tahap keselamatan lebih tinggi, kekuatan optimum dan prestasi tahan lama, selain turut memberikan jarak gerak lebih jauh dan jangka hayat lebih panjang.

Ia menyokong pengecasan arus ulang alik (AC) sehingga 11 kW dan pengecasan pantas arus terus (DC) 150 kW.

Ciri-ciri keselamatan BYD SEALION 7 termasuk beg udara depan dan sisi untuk perlindungan menyeluruh bagi pelanggaran, kamera 360 darjah serta sensor parkir depan dan belakang untuk menawarkan pandangan yang jelas, memudahkan pemanduan di kawasan sempit.

Teknologi bantuan pemanduan canggih seperti kawalan pelayaran adaptif, brek kecemasan automatik, amaran keluar lorong dan pengesanan titik buta turut membantu meningkatkan keselamatan pemandu dan penumpang.

BYD Sealion 7 boleh didapati dalam empat warna iaitu Cosmos Black, Aurora White, Atlantis Grey and Shark Grey. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI