fbpx

Seorang lagi pengarah direman kes dokumen palsu RM1. 1juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM – Komplot dokumen palsu membabitkan permohonan kuota 600 pekerja asing untuk kelulusan Kementerian Sumber Manusia bernilai RM1. 1 juta terus dibongkarkan apabila seorang lagi pengarah syarikat ditahan reman hari ini.

Suspek wanita berusia dalam lingkungan 40-an itu direman selama lima hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dibenarkan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin.

Sumber berkata, suspek ditahan pada pukul 5 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Katanya siasatan awal mendapati wanita itu dipercayai bersubahat melakukan perbuatan tersebut tahun lalu dengan mengemukakan dua permohonan kuota 600 pekerja asing oleh syarikat berkenaan sedangkan pembekalan tenaga kerja bagi projek yang dikemukakan tidak wujud.

“Dua permohonan ini melibatkan pembayaran levi kira-kira RM 1.1 juta,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Kosmo! kelmarin melaporkan seorang pengarah syarikat warga bangladesh berusia 47 tahun berkaitan pembekalan tenaga manusia direman enam hari berkaitan kes sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI