fbpx

Seorang lagi ahli sindiket borong dadah RM28 juta didakwa di Johor Bahru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZHENG XU dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan pengedaran dadah di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas lima pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, awal bulan ini.

Tertuduh, Alvin Tham Zheng Xu, 33, mengangguk faham bagi kesemua pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, namun tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin.

Zheng Xu didakwa mengedar dadah jenis serbuk ekstasi dengan anggaran berat kasar 149,581 gram (g), dadah jenis methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dengan anggaran berat 6,998g, dadah jenis nimetazepam dengan berat anggaran 3,000g serta ketamin dengan anggaran berat kasar 6,110g.

Kesemua kesalahan tersebut didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Utama 37 Taman Mutiara Rini, Skudai di sini kira-kira pukul 9.45 malam pada 3 November lalu.

Pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan kerana pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B da mahkamah kemudian menetapkan 3 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes serta laporan kimia.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI