fbpx

‘Saya dengar dentuman, kereta Ativa putih melanggar sesuatu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nazri dibawa ke Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini bagi menghadiri perbicaraan kes bunuh yang dihadapinya. - FOTO/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

IPOH – Saksi pendakwaan ke-13 memberitahu Mahkamah Tinggi di sini dia melihat melalui cermin sisi kenderaannya, sebuah motosikal diekori sebuah kereta berwarna putih yang datang dari arah masjid.

Menurut suri rumah, Zuraida Hassan, 46, ketika berada di dalam kereta, dia melihat sebuah kereta Perodua Ativa berwarna putih datang dari arah sekolah menuju ke arah masjid melepasi sebelah kanan kereta jenis Mitsubishi Triton yang dipandunya.

Terdahulu, saksi memberi keterangan ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz.

Kata Zuraida, semasa dia sedang bercakap di telefon bimbit, dia melihat pada cermin sisi kenderaan sebuah motosikal diekori sebuah kereta berwarna putih yang datang dari arah masjid.

“Tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman, kemudian saya nampak
kereta Ativa dalam keadaan laju melepasi kereta saya setelah melanggar sesuatu.

“Saya juga nampak buku serta barang-barang bertaburan manakala seorang budak lelaki dilihat terbaring di atas jalan raya. Saya terus turun dari kereta dan menghubungi talian 999,” katanya.

Menjawab soalan Afzainizam sama ada Zuraida mengenali mangsa, wanita itu memberitahu tidak tahu dan hanya tahu nama remaja itu selepas perlanggaran apabila keadaan di lokasi kejadian kecoh dan pelajar di sana menyebut nama Zaharif.

Tambahnya, dia juga telah menyerahkan kad memori papan pemuka kenderaan yang mengandungi rakaman asal kejadian kepada pihak polis pada 17 Disember 2023 dan menafikan ada membuat suntingan pada rakaman tersebut.

Perbicaraan disambung esok. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI