fbpx

RUU perubahan iklim dibentang di Parlimen tahun depan – Nik Nazmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nazmi ketika berucap pada majlis perasmian ISR 2030, di IOI City Mall, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – Pelan Adaptasi Kebangsaan, kerangka pasaran karbon dan Rang Undang-Undang (RUU) Perubahan Iklim akan dibentang menjelang suku pertama sesi Parlimen tahun hadapan.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ketika ini kementeriannya sedang melaksanakan kajian untuk merangka pelan dan undang-undang berkenaan.

Katanya, pihak kementerian turut menjalankan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan serta menghasilkan kertas perundingan untuk pandangan awam sehingga 18 November ini.

“Untuk Malaysia berkembang maju dan mengekalkan daya tahan iklim, tadbir urus memainkan peranan yang penting dan kami kini sedang mengusahakan rang undang-undang perubahan iklim.

“Semua pihak sebenarnya boleh pergi ke laman web kami dan melihat draf pada beberapa kertas supaya boleh mendapatkan pandangan daripada sektor swasta serta orang ramai.

“Kami berharap dapat membantangkan (Pelan Adaptasi Kebangsaan, kerangka pasaran karbon dan RUU Perubahan Iklim) di Parlimen menjelang suku pertama tahun depan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Peta Hala Tuju Lestari IOI 2030 (ISR 2030) di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI