KUALA LUMPUR – Skuad AMD Dream tekad meraih keputusan positif menjelang pertembungan getir menentang juara bertahan kategori bawah 14 tahun (B-14) Piala Supermokh, Buriram United esok.
Pengendali AMD Dream, Shahrizal Faizal Ahmad Shariffudin berkata, berdepan kelab dari Thailand itu yang merupakan juara bertahan adalah cabaran sebenar.
“Kita akan dapat lihat kemampuan pemain pada perlawanan petang esok, jadi saya memang mengharapkan keputusan positif yang mampu dijelmakan barisan pemain.
“Kemenangan pertama pada hari ini adalah motivasi penting buat pemain dan juga pasukan, masih banyak perlu diperbaiki dan saya mengharapkan permainan berkualiti serta sengit mampu dijelmakan petang esok,” katanya.
AMD Dream memulakan langkah kanan dalam saingan B-14 Piala Supermokh selepas tidak berdepan masalah menewaskan wakil dari kelab dari Jepun, Fagiano Okayama, 11-1 hari ini.F