fbpx

Pengantin terkilan, majlis perkahwinan tanpa tetamu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan pasangan pengantin berjalan di tengah dewan yang kosong. - TikTok

SALEM, Oregon – Satu rakaman video tular di negeri Oregon menunjukkan suasana sepi sebuah majlis perkahwinan yang hanya bertemankan kerusi-kerusi tetamu terbiar kosong, lapor akhbar Daily Star semalam. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @kalina_marie_23 itu menunjukkan pasangan pengantin, Kalina Marie dan Shane, berjalan di tengah dewan kosong dengan perasaan hampa bercampur sedih. 

Lebih menyayat hati, majlis perkahwinan mereka dihadiri cuma lima tetamu daripada 40 jemputan yang dirancang. 

“Ibu saya menghantar mesej pukul 1.15 tengah hari (waktu tempatan) bahawa tiada sesiapa di dalam dewan perkahwinan. 

“Saya bersama suami muncul pukul 2 petang. Kami terkejut apabila majlis itu dihadiri lima tetamu meskipun tempat yang dirancang boleh memuatkan seramai 40 orang. 

“Semua makanan dan minuman terbuang, manakala meja dan kerusi terbiar kosong,” kata Marie. 

Tambahnya, dia telah menjemput lebih 75 orang secara online dan membelanjakan wang untuk menghantar 25 kad jemputan mahal. 

Meskipun di hadapan segelintir tetamu, Marie dan Shane tetap meraikan hari istimewa mereka.

Rakaman itu mencatatkan lebih 8.8 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Tetamu yang sanggup datang ke majlis perkahwinan anda adalah orang penting dalam hidup anda!” komen seorang netizen. 

“Tolong buat semula! Kami semua akan datang!” komen netizen lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI