fbpx

Kontena hempap Bezza: Pemandu treler direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu treler direman empat hari di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Pemandu treler kontena yang terbabit dalam kemalangan hingga menyebabkan kematian seorang wanita di Jalan Kebun Sireh, Bukit Tengah semalam direman selama empat hari sehingga 17 November ini.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohd Harith Mohd. Mazlan yang membenarkan permohonan polis untuk siasatan kes tersebut di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, treler yang dipandu lelaki terbabit dari arah Jalan Bukit Tengah membelok masuk ke Jalan Kebun Sireh sebelum hilang kawalan dan menyebabkan muatan kontena yang dibawa menghempap dua buah kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat.

Wanita berusia 21 tahun maut di lokasi kejadian manakala lelaki berusia 25 tahun parah dan dirawat di Hospital Bukit Mertajam. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI