fbpx

Pasangan suami isteri kerja edar dadah dicekup polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOK CHIN (dua dari kiri) menunjukkan bungkusan dadah syabu yang berjaya dirampas pada Isnin lalu dalam sidang akhbar di IPD Muallim, Tanjung Malim hari ini.

TANJUNG MALIM – Pasangan suami isteri yang memperolehi pendapatan lumayan dengan menyeludup dadah jenis syabu berakhir apabila ditangkap polis pada Isnin lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, dadah tersebut ditemui di bahagian bonet sebuah kereta Proton Preve di kawasan letak letak kereta, Pusat Perniagaan Slim Perdana, Taman Sri Jaya, Slim River di sini pada pukul 3.35 petang.

“Polis berjaya merampas 50 bungkus plastik yang mengandungi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine (syabu) seberat 51.97 kilogram (kg) yang bernilai RM2 juta.

“Pasangan suami isteri merupakan warga tempatan berumur 25 tahun. Turut ditahan pembantu mereka seorang lelaki tempatan berumur 27 tahun,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim di sini hari ini.

Dadah syabu itu boleh digunakan seramai 260,000 penagih dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI