fbpx

MOF berkuasa mutlak pakej Lebuh Raya Pan Borneo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander ketika ditemui pemberita pada program tersebut di Shah Alam. FOTO: SADDAM YUSOFF

SHAH ALAM – Kementerian Kewangan (MOF) mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan pemilihan syarikat bagi pelaksanaan projek Pakej Fasa 1B Lebuh Raya Pan Borneo Sabah.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya mematuhi prosedur ditetapkan dan tidak terus mengikuti senarai yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah.

Menurut beliau, kementeriannya turut mempunyai kuasa untuk menyemak semula dan mempunyai pandangan mengenai perkara tersebut.

“Jadi, kita melakukan perbincangan di peringkat kementerian sebelum menyerahkan kepada MOF yang berkuasa memikirkan apa sepatutnya diberi tawaran.

“MOF sudah memberi semula keputusan dan kita kemudian mengarahkan JKR Sabah mengeluarkan surat setuju terima kepada pihak yang terpilih,” katanya pada program Hari Komuniti MyPLUS di Sekolah Kebangsaan HICOM, Seksyen 27 di sini, hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan isu penganugerahan Pakej Lebuh Raya itu yang didakwa diberi kepada syarikat tidak layak terus dibangkitkan di Dewan Rakyat oleh Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI