KUALA LUMPUR – Kempen Green Checkout Bersama Mastercard & Larrie yang dilancarkan di sini menunjukkan komitmen Larrie sebagai pengeluar kasut berjenama popular itu melaksanakan inisiatif kelestarian seiring dengan usaha pelbagai syarikat untuk menjaga persekitaran lebih hijau menjelang tahun 2030.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini, kempen anjuran dua entiti berkenaan telah menyepadukan usaha penanaman pokok dan penghutanan semula ke dalam pengalaman membeli-belah dalam talian bagi meningkatkan kesedaran kepada masyarakat.
Bagi menjayakan projek tersebut, para pelanggannya boleh menyumbang kepada penanaman pokok dengan setiap pembelian barangan berjenama Larrie.
“Di bawah program Green Checkout, pelanggan yang membelanjakan RM250 atau lebih secara automatik menyokong usaha penghutanan semula.
“Inisiatif ini menyasarkan pengguna yang mementingkan kesejahteraan alam sekitar, menawarkan mereka cara untuk memberi impak positif melalui pilihan membeli-belah mereka sambil membiayai program penghutanan semula dan mempromosikan masa depan yang lebih hijau,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.
Bersempena majlis pelancaran kearah kelestarian itu yang diadakan di sebuah pusat beli-belah di sini, Larrie telah menyampaikan hadiah kepada tiga pemenang bertuah yang menyertai Peraduan Travel with Larrie.
Peraduan yang menawarkan hadiah bernilai lebih daripada RM33,000 itu telah berlangsung dari 1 September hingga 31 Oktober lalu bertujuan untuk memberi peluang kepada pelanggan setia Larrie untuk memenangi hadiah melancong ke destinasi Impian mereka.
Sementara itu, dalam majlis yang sama, syarikat turut menganjurkan pertunjukan fesyen terkini bagi fesyen terkini Musim Bunga/Panas 2025 daripada koleksi Larrie yang bertemakan Retro Vibes: Revaging Classics with a Modern Spin.
Tema itu diinspirasikan daripada dunia K-Pop yang penuh dinamik dan kepelbagaian, memberi inspirasi dari kepelbagaian warna, kreativiti dan gaya terkini Ia juga .semangat yang tersedia, mengadaptasi gaya klasik dengan sentuhan moden bagi memastikan anda sentiasa bergaya dan selesa.
Bagi koleksi lelaki, Larrie mengambil inspirasi gaya dan kepelbagaian dunia K-pop yang bertenaga dan mengangkat gaya sukan yang kasual dengan sentuhan retro.
Kasut sukan bertali didatangkan dalam kulit tiruan dengan warna retro yang menarik seperti coklat gelap, merah terang dan biru kobalt.
Kasut loafers yang dibuatkan dari kulit tiruan dikemaskan lagi dengan ciri yang unik untuk mencerminkan aksi fesyen K-Pop yang dinamik dan moden di Seoul, yang ditafsir semula melalui kanta K-pop. Gaya klasik ini tersedia dalam warna yang berani seperti biru elektrik, kelabu bandar, coklat perang dan hijau zaitun.
Bagi koleksi terbaharu wanita pula, Larrie mengambil tema semangat wanita moden Seoul dan gaya berani selebriti K-Pop dengan menampilkan gaya klasik yang selesa dalam warna yang menarik dan pelbagai.
Kasut sarung, kasut wedges dan sandal terbuka dengan tapak yang tebal didatangkan dengan warna klasik seperti ungu, putih dan kelabu arang pastinya akan menjadi pilihan wanita masa kini.
“Untuk musim ini, sandal sukan nipis diperbaharui dengan pelbagai warna yang berani dan menarik seperti biru navy, merah merun dan ungu gelap.
“Kasut ballet juga diperbaharui dengan ciri moden yang penuh dengan gaya kewanitaan dan retro pada setiap rekaan.
“Kesemua kasut direka dari bahan getah lembut yang sesuai untuk kaki dan mempunyai pengaliran udara yang bagus untuk memberikan keselesaan maksima kepada pemakai,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE